Wednesday, 30 December 2015

Wednesday, 16 December 2015

aku bakal 30 tahun

tahun depan bulan lapan umur aku dah 30..dan aku tak kawin lagi..
oooooooooooooo
bila orang tanya bila nak kawin..
kenapa memilih sangat..
bagaimana, apakah, kenapakah dan .....
aku buat muka comel..
aku buat muka senyum..

penting sangat ke kawin ni?.
aku berdikari lah...
aku suka begini..
memang lah kadang-kadang aku sunyi tengok orang kawin je mulalah hati ku sedih, pilu..
tapi bila dah biasa hati aku jadi keras lah pulak..
relax lah kalau aku meroyan nak kawin tapi masih tak ada pakwe, tak ada calon, tak ada buah hati habis itu lagi parah kan?.
jadi tak payah pikir semua itu.
orang tanya senyum je lah..
tak akan aku nak buat iklan pulak..
nanti tersalah pilih aku jugak yang susah sebab bukan orang yang bertanya tu yang kena tapi aku jugak nanti.
hellooooo...
kita nak pilih pakaian pun pilih elok-elok tak akan lah bab kawin aku nak pilih cincai-cincai..

bab kawin memang serah saja pada Allah, sebab Dia yang cipta kita..Dia tahu masa dan area yang tepat untuk kita..dari meroyan duk pikir bila nak kawin baik kita pikir bila _____ nak letak jawatan..hahahah

aku akui aku kecewa..bercinta 5 tahun tapi last bulan 5 putus jugak.
sakit lah weh nak sembuh balik sekarang pun sembuh tak sembuh je.
nasib selera makan aku tak jatuh..asik naik je..hahahah

umur bukan penentu orang itu tua..
hahaha orang yang berusia ni selalu dapat suami muda tau.
hahaha...

kan betul tak...jodoh itu rahsia dari Allah
akan datang tepat pada masa nya..
jadi bila orang tanya just senyum dan buat lah suara budak-budak..
hahaha


Monday, 5 October 2015

AUTOCAD "ALL CAPITAL LETTER SETTING FOR MTEXT"

Assalammualaikum..
bersemangat nak kongsi ilmu autocad hari ini..
agak berbulan-bulan aku penat dengan masalah huruf besar dan huruf kecik acad aku..
alhamdulillah Allah mudah kan cara nya..
cuba korang bayangkan nak huruf kecik je kena tekan 'shift' sampai bila mahu setel kalau macam ni..sakit derr hati, sakit tangan nak tergeliat2 tekan 'shift' ni..

sampai aku post dalam facebook masalah ni dan pada masa yang sama aku google terus kuo...jeng..jeng..jengggg meh aku citer step by step..

ni yang aku dapat bila tanya abg google 


 korang pahem x apa yang mr. google nak sampaikan ??
tak jelas erk..ok meh aku beritahu step2 nyer...


keyboard aku xd lampu pon dekat 'caps lock' means aku off huruf besar tapi acad dia bagi huruf besar sebab dia tak dapat baca huruf kecik..


ok cuba tengok checklist tepi..kena right klik baru ada..orang acad mesti tahu macamana nak buat kan..ok nampak tak 'ALL CAPS' aku ada right klik??...ok cuba korang buang thick tu...


and akhir sekali bila dah buang baru lah ada huruf kecikk


ok dah jelas kan??..
ok sampai sini saja ok...
love u...

Tuesday, 25 August 2015

aku berdarah UNIVERSAL






aku gadis universal


Minggu lepas aku singgah di PPUM Petaling jaya untuk menderma darah. akhirnya dapat juga ku derma. tarikh terakhir aku menderma bulan april 2014. disebabkan masalah hemoglobin yang rendah jadi gap sampai setahun baru dapat derma darah.

orang selalu tanya gemuk ke derma darah?.
apa yang best menderma ni?
tak sakit ke?..jarum ak besar ke
hmm macam-macam soalan

bagi aku satu kepuasan bila menderma dah macam persatuan pontianak pulak. suka darah. buat badan rasa fresh sebab lepas menderma kita akan buat darah baru. aku paling suka menderma di PPUM walaupun aku sudah berpindah area jenjarom tapi aku sanggup pergi PPUM. sebab.. layanan staff unit derma darah memang tip..topp lah.lepas korang derma mereka akan layan macam kita check in hotel 5 star. hahaha bila hati dah suka macam-macam yang baik aku nampak.

aku pemilik darah O. Darah yang paling baik untuk kamu semua..aku senang menderma tapi aku susah menerima..huahuaahau sob..sob..sobbb (bunyi aku menagis)meh aku kongsi sikit pasal darah ni
  • Darah A hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah A dan AB dan menerima darah A dan O sahaja.
  • Darah B hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah B dan AB dan menerima darah B dan O sahaja.
  • Darah AB dikenali sebagai Penerima Universal kerana dapat menerima darah A, B, AB dan O.
  • Darah O dikenali sebagai Penderma Universal kerana dapat menderma ke semua jenis darah A, B, AB dan O.
meh aku sertakan gambar...

 

pintu masuk PPUM. bagi yang 1st time pergi korang tak payah masuk area parking. cuma parking tepi bukit atau depan bangunan tersebut. korang jangan masuk selekoh pertama tapi masuk selekoh yang berbukit. sebelah kiri nanti ada pondok pengawal korang cakap dengan pakcik nak pergi derma darah. kalau dpn bangunan penuh dia bagi park tepi liring bukit. menyesal pulak tak ambil gambar..lepas park korang jumpa nurse derma drh minta kertas untuk letak dekat kereta untuk mengelakkan perkara yang tidak baik.


 

step 1 : masuk je kenalah isi borang kat situ.



 

step 2 : pintu masuk kat sana..lepas isi borang kena jumpa akak tu untuk cucuk darah kat jari. proses tersebutt untuk pastikan korang betul-betul layak menderma atau tidak. tengok hemo atau tidak.


 

kawasan untuk menderma


 

step ke 3 : kena jumpa doktor. macam biasalah soalan-soalan doktor tu. dah makan ke? sakit ke?. last period? cukup tidur ke?. timbang kat luar untuk menimbang mana tahu korang terover berat atau kurang berat.


 

hye uncle..kita akan relax dekat kerusi ni.. untuk menderma ler...masa darah di pam tangan korang pon kena pam sendiri jugak. bagi mudahkan peralihan darah. nampak tak bola kecik lembut kat tangan kiri uncle tu yang kaler merah.

 

 

dalam bekas kuning tu lah plastik beg darah korang. gedek..gedek benda tu bergerak tengok relax kan uncle main handphone masa menderma.

 

 

situ area pantry. lepas derma relax dalam 10 minit baru bole makan dan minum.layanan dorang superb!!. masa derma boleh tengok katonnn...


 

bekas biru tu tempat darah korang ditest..aku tak tahu cecair apa yang dorang guna. kalau darah korang tengelam ok past!! kalau timbul hmm sila cuba lain kali yo..

 

kaler merah ni yang pam dekat tangan tu. mesin tu untu periksa tekanan kott..

 

ini lah darah aku. hehe bukan ini contoh darah google.. jangan risau darah aku dorang amik dlm 300ml je. nampak tak kod bar benda tu penting dorang akan tampal dekat buku, plastik beg mcm pict tu dan pada bekas jarum. senang citer barang yang diguna untuk korang semua ada kod bar yang sama dengan buku korang


ok lah sampai sini sahaja..
kepada yang belum menderma..apa kata korang buat-buat tersesat dekat pusat derma darah.hahaha
amacam..ok tak?.

pesanan aku..sebelum derma malam tu tidur puas-puas..
masa pagi ambil sarapan dulu nanti pening lah pulak
tapi kalau pening jangan risau dorang akan tolong korang..

Wednesday, 19 August 2015

cantik yang mana



cantik yang bagaimana kamu mahu.
cantik dari segi rupa?
cantik dari segi budi bahasa?
cantik dari segi luaran?
atau
cantik dalaman yang menjadi pilihan hati.

aku tidak secantik mana
aku tidak sempurna mana
aku tidak berbudi bahasa
tetapi aku ada hati dan perasaan.