Tuesday, 24 May 2016

sleep talking again!!!!

" kenapa dengan akak malam tadi?
kenapa?
akak mengigau lagi!!
aku hanya ketawa..
mengigau cakap nak pakai inai lah
aku tersenggih lagi
mengigau marah kita pulak cakap biarkan akak kena gigit nyamuk."

itu perbualan aku dengan adik sepupu.

ini dah keberapa kali dia cakap aku mengigau.

alahai dah besar-besar pun masih mengigau lagi.

alahan?? hehe ayat alahan jelah erk..

alahan mengigau ni bukan baru aku alami tapi dari dulu lagi.

paling seriau masa belajar di UiTM tengah malam-malam aku bangun nak study. berjalan ke meja study, buka buku lepas itu pergi katil dan tidur. BFF aku yang cerita pada keesok kan hari nya.

kadang-kadang dekat rumah sewa aku tersedar bila aku berjalan. ish sebenarnya aku tak suka sangat alahan macam ni tapi aku tak mampu nak kawal dan tak tahu kenapa terjadi..

bila ada yang cerita aku akan cakap sila sedarkan aku dari alahan ini. aku takut tiba-tiba aku ketawa dalam tidur korang jugak yang lari nanti..

ke aku kena basuh kaki sebelum tidur ni????????????

aku petik dalam blog ASFAN ASH
 
"Yang sebenarnya, sleep-talking ataupun "mengigau" dalam bahasa kita yang lebih umum, adalah sejenis parasomnia. Mengikut psikologi lah kan, parasomnia ni sebenarnya adalah perkara-perkara luar biasa yang terjadi semasa tidur. Ye lah, sepatutnya waktu tidur badan kita berehat tapi boleh pulak mulut tu meracau-racau
Perbuatan berkata-kata dalam tidur ni juga ada nama rasminya iaitu somniloquy

Walaupun somniloquy adalah benda yang luar biasa semasa tidur, ianya bukanlah satu kejadian yang pelik sebabnya perkara ni sangat common dan biasanya tidak memerlukan rawatan melainkan atas sebab-sebab tertentu"


perkara biasa je mengigau ni..fuhhh lega!!!

Tuesday, 17 May 2016

1 hARI di Penang

BUKIT BENDERA

aku bertolak dari kampung ke Penang pada pukul 10pm. sepatut bertolak 9pm tapi biasalah bukan kapal terbang saja boleh delay bas pun mampu ok.

sampai di perhentian semanggul lebih kurang pukul 5am. mandi, solat dan sarapan di sana dan sampai Bukit Bendera lebih kurang pukul 8am.

pertama kali menjejak kaki di sini. sebelum ini aku pernah ke Penang tapi atas urusan kerja.
jom kita layan gambar-gambar di sana

wajib weh letak pict ni..

nak lock nama dia boleh tak?????????...






Monday, 9 May 2016

pertama kali ke MUZIUM INSTITU JUGRA


Semalam aku berjaya menjejak kan kaki di MUZIUM ISTITU JUGRA

benar nama dia INSTITU mula-mula ku fikir T tu hilang tapi memang itu lah nama di beri.
niat hati nak bergambar di batu ampar berhampiran dengan muzium tapi disebabkan ada latihan komando di sana jadi aku tak berjaya meloloskan diri di sana. tak apa lain kali lah jawapan nya.

apa yang menarik di dalam muzium ni?
aku tak menghayati sangat sebab lebih pada selfie..hehehe nak cakap buta sejarah lah ni..

mari kita layan sahaja gambar-gambar di sana




BATU PENGISAR TEBU. Digunakan untuk mengisar tebu dan airnya diproses menjadi sejenis simen untuk pembinaan istana

PERIGI.berkemungkinan digunakan sebagai tempat membasuh pakaian seragam mereka berikutan dengan jumpaan butang-butang pakaian seragam polis. ia nya tidak pernah kering walaupun kemarau

AL-QURAN lama

sebahagian peralatan yang terdapat di dalam muzium

pakaian seragam anggota polis dulu-dulu


nak pergi pengkalan batu hampar tak boleh jadi bergayut lah kat sini

mula-mula tengok fikir I-PAD tapi PAPAN BATU digunakan sebagai tempat menulis sebelum wujud nya buku

tempat simpan senjata api. nak masuk tak boleh


landskap yang menyejukan pemandangan
ke dalam itu lah kawasan batu ampar. nampak laut beb
TANGGA BATU.  digunakan sebagai jalan perhubungan ke kuarteks polis di bahagian atas bukit