Wednesday, 23 March 2016

KALAU AKU KAYA

kita hidup di alam realiti. ada masa kita sihat dan ada masa kita sakit.
hari ini kita lihat si A masuk hospital, si B meninggal dunia, si C kemalangan dan lumpuh tapi jika kita berada di dalam ''kasut'' si A,B dan C, apa yang akan kita lakukan?

persediaan apa yang kita tinggalkan untuk orang tersayang.

jangan mudah bersuara apabila mati habis tamat urusan kita di dunia. ia benar kata mu tapi cuba lihat kiri dan kanan kamu siapa yang tinggal?
ibu dan ayah?
suami dan isteri?
anak-anak?

dan hutang..

hutang kena bayar walaupun dah mati jadi kemana akan pergi nya hutang-hutang itu?

iye kepada waris kamu.

jadi masih relevan lagi ayat urusan dunia sudah tamat apabila kamu mati?

kamu tak perlu ambil takaful jika kamu insan paling kaya di dunia ini.
jika kamu tiada hutang tak perlu ada takaful
jika kamu doktor dan pembekal ubat-ubatan kamu tak perlu ambil takaful
jika kamu di jamin sihat selama nya, kamu boleh abaikan takaful ini.


 

MEDICAL CARD

bapak-bapak...ibu-ibu...
nak tengok beg boleh?. nak tanyalah dalam beg awak banyak kredit kad atau medical card?

hmm..bayangkan awak disahkan sakit jantung, awak rasa lah kan banayk-banyak kad.
kad mana yang dapat membantu?.macam teka-teki lah pulak..

debit kad?
kredit kad?
mykad?
medical kad?

awak bijak jadi jawapan sila simpan dalam hati

untuk persara awam meh baca meh..
http://www.jpapencen.gov.my/kemudahan_perubatan.html

 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/525-permohonan-pengecualian-bayaran-bil-hospital.html

tapi tak mahu ke kalau di usia emas mendapat layanan yang bagus di hospital swasta?.
aurat anda terpelihara kerana bilik tidak memerlukan pesakit yang ramai.

tepuk dada tanyalah selera masing-masing


VS

 
 

Tuesday, 22 March 2016

mau nonton

 


 

mahu nonton tapi enggak ada temannn

pernah tak rasa macam tu?
ke korang jenis gerak solo-solo..

sesekali hilangkan bosan, stress aku akan melaburkan duit ke movie-movie berhampiran.

bukan sebab suka membazir tapi apa lagi mahu buat zaman-zaman solo macamni. kesini jelah weh..

dulu ada juga partner ber tiga tengok wayang tapi disebabkan kawan aku dah kawin dan tinggal aku dengan Sol. itu yang rasa susah nak kuar berjimba-jimba.

Monday, 21 March 2016

Man Jadda Wajada

 

"MAN JADDA WAJADA"


Sesiapa yang berusaha, dia berjaya

apa yang terjadi aku tak boleh mengalah, di dalam rezeki orang ada rezeki aku.
memang permulaan di dalam dunia takaful amat perit dan jerih, perbagai onak duri yang aku lalui. apa yang aku fikir sekarang di dalam kesusahan jangan pandang orang yang senang tapi pandang orang yang lagi susah dari aku, baru aku dapat faham erti kehidupan.

memang penat bila kita bersungguh tapi orang perlekeh kan tapi tidak mengapa. hari ini hari aku, esok, lusa kau pasti cari aku.

bila jiwa kacau rajin aku menulis untuk hilangkan resah di hati. mencari kata-kata semangat dari manusia. 

jom kita layan...





 


 

 

 

Sunday, 20 March 2016

BODY LANGUAGE

Sebagai seorang manusia pasti akan rasa mengalah, putus asa dan bermacam-macam perkara negatif lagi.begitu juga aku, budak yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia takaful.

tipulah jika aku kata kan yang aku tak tertekan sekarang. bermacam cara aku buat untuk orang ambil takaful dengan aku tapi tak apalah rezeki dari Allah.

ok positif

Hari Sabtu minggu lepas aku join Program BIG IMPAK "BODY LANGUAGE'' dengan PU MERICO.

Progam tersebut sangat-sangat terbaik lah

apa yang aku belajar mengenai bahasa tangan, apa maksud tangan up dan tangan down, cara bersalaman yang betul, maksud kedudukan arah kaki apabila bersembang, cara senyuman yang ikhlas dan yang tak ikhlas, cara berdiri dan duduk dengan tegak paling mempengaruhi orang melihat kita.

cuba perhatikan bahasa badan Obama

  
 




 

 

 

Thursday, 17 March 2016

PAYUNG SEBELUM TAUFAN


 
10 tahun kita menyimpan di dalam ASB mampu lesap dalam sekelip mata jika kita atau orang tersayang di sah kan menghidap penyakit kritikal. mahu atau tidak kita wajib keluarkan simpanan yang bertahun-tahun kita ada untuk membantu.

pasti terbayang-bayang di fikiran senario permulaan kita menabung.

kita sudah susun dengan cantik nya untuk beli rumah, sambung belajar, perkawinan, pergi haji dan umrah dan bermacam-macam lagi.

tapi angan-angan masa depan akan lenyap dalam sekelip mata jika

''awak menghidap kanser tahap 2 dan memerlukan rawatan secepat mungkin, jika tidak nyawa awak terancam''
'' kenapa tidak guna takaful?''

ayat biasa seorang doktor

sebab itu ada nya penyelesaian dari takaful membantu menyelamatkan impian awak dari diguna pakai.

di dalam polisi prubsn memberi perlindungan kematian, kemalangan dan cacat kekal serta sakit.
medical card dan simpanan

mewah kan dalam 1 kad ada banyak faedah nya.

berfikir rasional lah awak

sediakan payung yang teguh untuk diri sendiri dan keluarga.




Nukilan
Noraell
USJ

JATUH BANGUN BERSAMA





INFINITY GROUP

Sebenar nya aku tidak sangka awal 30an aku akan maju seperti ini, memang masa entry ini di tulis aku masih baru tapi aku akan buktikan aku akan berjaya

aku bertuah sebab tercampak dalam group ni, sebab otai-otai weh mereka ni..tak kedekut ilmu dan fokus dengan apa yang mereka buat.

siapa-siapa nak join group kami kena bayar tol dulu!!
hahaha boleh je cari aku, hami asraff, wan, halim dan..adeh aku tak ingat nama yang belakang tu.

hahahaha

kami mengalukan-alukan kehadiran kalian..

Nukilan
Noraell
USJ

TABUNG GAJAH

'' SUMBER DR GOOGLE, al maaklum lah sendiri punya dah punah''


Siapa pernah ada tabung gajah bsn?.

Masa kecik-kecik arwah mak dan arwah atok selalu pesan ''sayang menabung dari kecil dah besar nanti senang''
dan bila dah besar aku telah memboroskan duit simpanan dengan jaya nya. ish-ish buruk perangai

tapi bila makin membesar dengan cantik nya.

aku terfikir bagaimana nasib jika aku dilanda masalah tapi tiada duit simpanan?.
yang menginsafkan aku bila kawan baik aku dimasuk kan ke dalam Pantai Medical Center Klang.

hanya Allah sahaja tahu macamana risau nya aku, yelah dia sihat macam selalu tapi pagi tu aku dapat mesej dia warded sebab cyst.


terus aku gabra, dia ada medical card tapi aku??????????????????

siapa nak tolong bila aku warded??
siapa nak jaga aku nanti? aku tak nak masuk hospital kerajaan

macam-macam dalam benak aku ni. alih-alih aku nekad cari agen takaful dan jumpa lah hami asraff.
tup-tup terus sign polisi dan aku dah jadi agen jugak.

hehehe beginilah cerita si tabung gajah...

Nukilan
Noraell
usj

Wednesday, 16 March 2016

MEDICAL CARD PRUBSN TAKAFUL

https://healthenrich.files.wordpress.com/2015/02/all-he.png

Kenapa kena ada medical card sendiri?

Ok sekarang kita masih sihat,alhamdulillah tapi kita tidak tahu nasib esok,lusa dan akan datang kan..

Jika tidak terkena pada diri sendiri bayangkan jika kena pada orang yang kita sayang iaitu isteri atau suami dan penyambung zuriat kita.

Dimana mahu cari duit jika melibatkan rawatan perubatan yang tinggi nilai nya?.
Berapa banyak akaun bank dan saham yang kita ada bagi membantu mereka?
Siapa kawan?ahli keluarga? yang dapat meringankan beban kita?

Kemana hala tuju kita?

BERSAMAMU?
DERMA KILAT?
PINJAMAN PERIBADI?
BANTUAN JIRAN? KAWAN-KAWAN PEJABAT?

berapa banyak yang akan mereka sumbangkan kepada kita?.

Buangkan rasa terbeban dengan bayaran takaful.

Ia saya tahu awak sihat sekarang tapi esok?lusa?tulat?...

Jika tidak mampu dengan medical card beralih pada hibah kerana jika awak mati keluarga akan berterima kasih pada awak

Nukilan
Noraell
usj

SUAMI DAN HIBAH


KISAH SUAMI DAN HIBAH

Suami pergi outstation selama 5 hari dan meninggalkan duit belanja kepada sang isteri sebanyak RM 500.00

tapi cuba awak bayangkan

jika sang suami pergi untuk selama nya...

Suami pergi buat selama nya dan meninggalkan hibah kepada isteri sebanyak RM 100,000.00

apa perasaan sang isteri ketika mendapat hibah sebanyak itu??

inilah hero keluarga..

sebab itu penting nya hibah yang ada di dalam takaful ini dapat membantu keluarga anda apabila dilanda musibah.

tinggalkan hibah untuk keluarga awak, bukan awak tinggalkan hutang untuk mereka.

nukilan
Noraell
usj