Tuesday, 25 August 2015

aku berdarah UNIVERSAL






aku gadis universal


Minggu lepas aku singgah di PPUM Petaling jaya untuk menderma darah. akhirnya dapat juga ku derma. tarikh terakhir aku menderma bulan april 2014. disebabkan masalah hemoglobin yang rendah jadi gap sampai setahun baru dapat derma darah.

orang selalu tanya gemuk ke derma darah?.
apa yang best menderma ni?
tak sakit ke?..jarum ak besar ke
hmm macam-macam soalan

bagi aku satu kepuasan bila menderma dah macam persatuan pontianak pulak. suka darah. buat badan rasa fresh sebab lepas menderma kita akan buat darah baru. aku paling suka menderma di PPUM walaupun aku sudah berpindah area jenjarom tapi aku sanggup pergi PPUM. sebab.. layanan staff unit derma darah memang tip..topp lah.lepas korang derma mereka akan layan macam kita check in hotel 5 star. hahaha bila hati dah suka macam-macam yang baik aku nampak.

aku pemilik darah O. Darah yang paling baik untuk kamu semua..aku senang menderma tapi aku susah menerima..huahuaahau sob..sob..sobbb (bunyi aku menagis)meh aku kongsi sikit pasal darah ni
  • Darah A hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah A dan AB dan menerima darah A dan O sahaja.
  • Darah B hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah B dan AB dan menerima darah B dan O sahaja.
  • Darah AB dikenali sebagai Penerima Universal kerana dapat menerima darah A, B, AB dan O.
  • Darah O dikenali sebagai Penderma Universal kerana dapat menderma ke semua jenis darah A, B, AB dan O.
meh aku sertakan gambar...

 

pintu masuk PPUM. bagi yang 1st time pergi korang tak payah masuk area parking. cuma parking tepi bukit atau depan bangunan tersebut. korang jangan masuk selekoh pertama tapi masuk selekoh yang berbukit. sebelah kiri nanti ada pondok pengawal korang cakap dengan pakcik nak pergi derma darah. kalau dpn bangunan penuh dia bagi park tepi liring bukit. menyesal pulak tak ambil gambar..lepas park korang jumpa nurse derma drh minta kertas untuk letak dekat kereta untuk mengelakkan perkara yang tidak baik.


 

step 1 : masuk je kenalah isi borang kat situ.



 

step 2 : pintu masuk kat sana..lepas isi borang kena jumpa akak tu untuk cucuk darah kat jari. proses tersebutt untuk pastikan korang betul-betul layak menderma atau tidak. tengok hemo atau tidak.


 

kawasan untuk menderma


 

step ke 3 : kena jumpa doktor. macam biasalah soalan-soalan doktor tu. dah makan ke? sakit ke?. last period? cukup tidur ke?. timbang kat luar untuk menimbang mana tahu korang terover berat atau kurang berat.


 

hye uncle..kita akan relax dekat kerusi ni.. untuk menderma ler...masa darah di pam tangan korang pon kena pam sendiri jugak. bagi mudahkan peralihan darah. nampak tak bola kecik lembut kat tangan kiri uncle tu yang kaler merah.

 

 

dalam bekas kuning tu lah plastik beg darah korang. gedek..gedek benda tu bergerak tengok relax kan uncle main handphone masa menderma.

 

 

situ area pantry. lepas derma relax dalam 10 minit baru bole makan dan minum.layanan dorang superb!!. masa derma boleh tengok katonnn...


 

bekas biru tu tempat darah korang ditest..aku tak tahu cecair apa yang dorang guna. kalau darah korang tengelam ok past!! kalau timbul hmm sila cuba lain kali yo..

 

kaler merah ni yang pam dekat tangan tu. mesin tu untu periksa tekanan kott..

 

ini lah darah aku. hehe bukan ini contoh darah google.. jangan risau darah aku dorang amik dlm 300ml je. nampak tak kod bar benda tu penting dorang akan tampal dekat buku, plastik beg mcm pict tu dan pada bekas jarum. senang citer barang yang diguna untuk korang semua ada kod bar yang sama dengan buku korang


ok lah sampai sini sahaja..
kepada yang belum menderma..apa kata korang buat-buat tersesat dekat pusat derma darah.hahaha
amacam..ok tak?.

pesanan aku..sebelum derma malam tu tidur puas-puas..
masa pagi ambil sarapan dulu nanti pening lah pulak
tapi kalau pening jangan risau dorang akan tolong korang..

Wednesday, 19 August 2015

cantik yang mana



cantik yang bagaimana kamu mahu.
cantik dari segi rupa?
cantik dari segi budi bahasa?
cantik dari segi luaran?
atau
cantik dalaman yang menjadi pilihan hati.

aku tidak secantik mana
aku tidak sempurna mana
aku tidak berbudi bahasa
tetapi aku ada hati dan perasaan.




milik dan pemilik



Putaran kehidupan..setiap manusia perlu dimiliki dan menjadi pemilik.

Tuesday, 18 August 2015

FILLET & FLATTEN - AUTOCAD

kringg....

kringgggg

ok..kelas autocad bermula lagi..

tajuk hari ini flirt..  fillet and flatten

korang pernah tak terkena kalau nak fillet line tapi tak lepas-lepas asik kuar ayat non coplanar..

sebelum aku merapu aku nak mintak maap ni..

kalau aku terguna ayat acad masa tulis sebab..aku pun tak reti nak translate melayu.

hehe..

ampun maaf nyer

ok kita sambung balik.

jap aku bagi gambar bagi jelas..

 

(1)~~ command for fillet korang just guna (F). fillet ni korang nak satukan garis melintang dan menegak. tetapi tak boleh sebab tu aku tak pasti sangat tapi mengikut firasat aku ada garisan yang tak lurus sebab itu tak boleh fillet dan akan keluar ayat non-coplanar seperti picture ke 2 di bawah


 

(2)~~ itu akan keluar ayat non coplanar..maksud dia korang tak lepas nak satukan garisan tegak dan lintang.


 

(3)~~ bila tidak lepas fillet korang guna cara lain iaitu (FL) means dia FLATTEN. korang guna command FL guna sambung garisan tegak dan lintang. korang klik garisan tersebut


 

(4)~~ lepas klik garisan ACAD akan tanya korang (REMOVE HIDDEN LINE- (YES OR NO).aku pernah yes nanti area lain dalam drawing korang akan ada garisan yang korang tak pasti mana muncul nya. jadi langkah keselamatan aku pakai enter je tak pun aku taip N..means NO!!.


 

(5)~~ lepas korang enter N.. korang select object maksud aku garisan lintang dan tegak yang bermasalah tu..dan line korang akan jadi FILLET balik..kira bersambung lah.

 

(6)~~ akhir sekali...selesai sudah. see line tu dah okay!.

 

selesi sudah..aku harap artikel kali ni dapat membantu korang

ok tak payah kerut-kedut muka dengan AUTOCAD..

relax dan enjoy okay..









Monday, 17 August 2015

cemburu


aku rasa sedih bila melihat gambar beliau bersama ibu nya..
tersenyum indah seolah dunia dan akhirat di gengaman nya.
aku rasa sedih melihat gambar ciuman beliau kepada ibu nya..
dia lelaki sangat rapat dengan ibunya.

tapi aku wanita..

aku rasa sedih sebab tak pernah merasai nya..
oh dunia
ada kah aku yang tidak tahu menghargai.

mahu kujerit kepada dunia bahawa aku sangat cemburu kalian bersama ibu.

mahu kujerit kepada dunia bahawa aku cemburu kalian mampu bergurau, berbual bersama ibu dan bapa tanpa perlu berfikir..

adakah aku si tanggang moden..
adakah aku perempuan yang tidak tahu bersyukur..
adakah aku anak yang tidak tahu menghargai

mahu kujerit, mahu ku cerita tetapi aku risau..
risau mengganggu kehidupan kalian dengan cerita-cerita ku..



Terasa mak disisi...tetapi....

Bila hati terasa kosong
Bila hati terusik
Hati rasa mahu menangis

Oh pedih..
Aku rasa sedih..aku rasa pedih malam ini

Kenapa..

Apa yg aku perlu lakukan
Tidur perapi tekanan..

Jangan di ungkit mengenai dia..
Bila terungkit aku terkenang
Secara halus hati ku menangis..
Jujur bukan sebab lelaki..

Hati ku sedih...

Aku betul rindukan belaian seorang ibu

Tetapi...
Aku kena sedar...
Aku kena faham..
Memang dia ibu...

Tetapi

Ibu yang sebenar sudah lama pergi...

Oh mak...
AKU..rindu...
AKU rindu belaian mak masa tidur..
AKU rindu masakan mak..
AKU rindu sentuhan mak..

Memang bukan mak yang lahirkan Aku..

Tapi kasih syg mak mengatasi kasih syg si kandung...
AKU rindu mak...
AKU tak puas...tak puas dalam belaian mak
Aku benar merindui panggilan mak..

Oh
Ya Allah..

Aku redha...

Selamatkan mak dan atok dari seksaan api neraka mu
Masukan mereka ke dalam syurga mu..

Benar aku rindu mak..

Sunday, 16 August 2015

cita-cita

 

bulan bintang dipagar senah

gula-gula dalam perahu

jika harapan sudah punah

sakit hati tiada yang tahu..


sakit anak lari ke pawang

bomoh kelapa pandai berjenaka

aduh hati dimanakah hilang

sakit hati ku tinggal luka


heheheh


jom berpantun..

secara tiba-tiba je 

aku berpantun di dalam blog ni..


kata-kata manusia



biarlah apa orang nak kata pasal kita

sebab manusia memang selalu berkata-kata

selagi kita tahu apa yang kita buat

teruskan...

bila kita jatuh tak akan banyak tangan yang akan menghulur.

benarlah kata bijak pandai..

jika kita tidak tahu, tidak faham apa yang dikatakan.. 

maka diamlah..

diamlah..

lidah lebih tajam dari mata pedang..

maka diamlah..

setiap ujian pasti ada ganjaran nya.

Friday, 14 August 2015

plan rumah yang tiba-tiba datang melalui ilham aku dekat opis..hehehe

 

aku paling suka merekabentuk plan rumah. tak tahu lah aku ikut bakat siapa dalam keluarga sebab setahu aku..aku sorang je yang minat beda-benda macam ni.

angan-angan je bila aku buat plan ni.

aku suka bayangkan ini rumah aku.

tapi kadang-kadang messy jugak plan yang aku buat ni.

aku berharap sangat ada tanah sendiri dan aku yang buat plan rumah aku ni.

hehehe

semua arkitek mesti setuju kalau tak setuju you all kena setuju jugak.

bayang kan bila kita beritahu anak, cucu, cicit bangunan tersebut kita yang design

pergh mesti bangga kan.

hahaha riak betul!!


bagaimana nak hilangkan tanda seru pada autocad

aku nak kongsi mengenai ilmu Autocad yang aku ada..

mesti korang rasa serabut kan bila tengah rushing-rushing untuk setel kan projek pastu tangan tu tertekan command apa tah terus kuo tanda seru (!)

bagaimana nak hilangkan tanda seru (?).

pandai acad ni seru-seru kita balik..

hehehe

bila ditanya pada member opis jawapan mereka lawak-lawak je..

sabar jelah weh..

untung jugak bila masih ada ikatan kawan dengan opis mate lama..

minah lidi ni memang expert pasai acad ni..

aku tanya lah dia..

jawapan dia..

' kekasih ku seru'

krik..krik..krikk

last2 dia cakaplah aku pun dah tak ingat dan jawapan bernas dia cuba kau 'HELP AUTOCAD'

dan aku bersungguh lah dan akhir nya aku berjaya..


kepada yang tidak tahu pasal autocad mesti korang rasa bosan kan..

meh aku tunjuk gambaran2 nya..



 

(1) korang tak sakit hati ke kalau keluar banyak2 macam tu..nak-nak tengah sibuk..

(2) aku zoom in sikit..itulah dia


 

(3) korang follow je arrow aku tu..klik dekat tanda seru nanti akan keluar ayat REASSOCIATE & DELETE. tugas korang clik ayat REASSOCIATE lepas tu lari kan cursor korang dekat barisan bawah (customization= pict kat bawah nya) sebelah kanan tu..kalau nak tahu (+) kaler biru itulah punca kenapa seruan tu keluar. kalau tak percaya korang cuba buat magic.

  






 

(4) follow lagi arrow aku tu..lepas korang klik customization dan akan keluar list banyak2 tu..macam gambar ni..korang cari ANNOTATION MONITOR. lepas jumpa korang klik bagi hilang kaler biru pada tanda (+).

 

selepas setel korang akan rasa bahagia sebab seruan tu dah tak ada.

hehehe..

selamat mencuba nyer..

 

 

     

 

(5) rasa best kan kalau seru-seruan itu sudah hilang!!..

 

aku harap dapat membantu korang..

 

 

 

 

 


 

 

Thursday, 13 August 2015

Bahagia milik eL.

KECEWA PUTUS CINTA..

 

siapa yang tidak pernah rasa sakit bila cinta yang dibina bertahun-tahun runtuh, meletopp..

nasib lah zaman aku cinta dulu takder GST..jd xboleh nak (+),(-) GST ler..

hehehe

sakit weh bila orang yang kita dah cop bakal jadi suami kita tapi the ending nyer jadi bekas kekasih kita..yelah masa kapel-kapel dia cakap..

 

dia cakap sayang..

dia cakap rindu..

dia cakap i lap u..u lap me..

dia cakap lagi u jump i jamban..

 

hahaha 


tapi last2 dia cakap kita putus..

tapi last2 dia cakap i x cayang u dah..

tapi last2 dia cakap i xd pepeling dgn u lagi 

 

hohoho

 

relax-relaxxxxxx..

memang biul-biul ler bila dengar ayat putus tu kuar..

tapi 

 

tak akan kita nak cakap i dont want pulok..

tak akan kita nak cakap i need u pulok..

tak akan kita nak cakap i miss u pulok..

tak akan kita nak cakap i lap u pulok..

 

bila dia cakap i x nak u lagi.

maruah kena jaga beb..

tapi itulah 

 

CINTA TAK MUNGKIN MEMILIKI

 

saja jer aku besar kan biar aku paham..

tapi itulah..

nasihat untuk diri aku sendiri..

 

CINTA LEBIHKAN ALLAH BUKAN LEBIHKAN PADA MANUSIA

 

sebab cinta manusia mudah berubah-ubah..

tapi cinta allah sampai ke syurga.

 


Tuesday, 11 August 2015

MELAKA 2015


aku gerak dari klang ke batu pahat dalam pukul 10 pagi

sebab rasa awal jadi amik keputusan masuk Melaka

mencari cocunut shake pantai klebang..

akhirnya jumpa.

intro yang sangat bosan kan?..

tapi aku nak tulis juga sebab nanti gambar ni expired pulak. 

disini aku sertakan beberapa keping gambar suasana 

penjualan bisnes aku..

hahaha

perasan sekejap

jualan bisnes orang melayu yang mampu menarik ramai pembeli.

hohoo

hidup melayu

hidup melayu melaka

tempat ni senang je nak jumpa..korang buat-buat jalan menuju ke pantai klebang lepas tu bila jem je kena banyak bersabar ler sebab kedai cocunut shake ni betul2 tepi jalan dan ramai pulak kereta menyinggah..

hehehe

disana ada disediakan 2 tempat bahagian luar yang nak beli tapi tak makan dan bahagian dalam untuk korang lepak2 dan makan..

gambar aku boleh tak amik pulak..

hmm hormon lupa betul!.

lepas bayar-bayar aku teruskan perjalanan nak cari pantai klebang 

dan disebabkan pantai tu jauh bagi pandangan aku..

tengah drive terpandang tepi tup-tup nampak pantai yang sangat cantik..

terus aku parking tepi dan berkelah dekat sana

 


kelapa mari


gigih sungguh dorang ni..terbaik lah!!


masa ni ramai beno orang terpaksa que


yang ni pulak gerai jual putu..ada putu pandan dan putu durian..bau dia sedapp..yang ni aku call putu bambu..sebab dibuat dalam buluh..kalau putu piring lain bentuk dia..

 

adik..bagi akak 2 jenis putu nya..


side view...



putu durian & coconut shake




putu pandan


cantik kan pantai puteri melaka ni..


hye..


bye!!..


Monday, 10 August 2015

Kuda kepang

Assalammualaikum

Kenapa tajuk aku ni berkait dengan kuda kepang

ini pengalaman pertama aku menonton kuda kepang dan apa yang aku dapat ialah memenatkan..

bunyi muzik tradisional yang kuat, sampai jantung ku berdegup kuat dan tarian-tarian yang

menakutkan.

acara dimulakan dengan tarian kuda kepang selepas itu barugan..

ku pikir barugan ini macam majlis makan-makan tapi bukan..tarian bertopeng.

haha makan je aku ingat

gambar aku tak dapat nak share sebab aku tak amik gambar pun..adik-adik aku pesan jangan amik

gambar flash2 nanti dorang kejar..dah lah aku penakut konpem aku tak berani nak snap!. tapi rasa

rugi pulak..hmmmmm.....

mmm.........

penari-penari kuda kepang semasa acara berlangsung ku lihat seperti tidak sedarkan diri.

menari, berkhayal mengikut alunan muzik  dan dari pemerhatian aku mereka selalu pandang atas.

menunjuk tangan keatas.

bila ada yang dirasuk akan menghampiri pemukul alat muzik sambil mulut bergerak-gerak dan tak

sampai seminit kawasan tersebut  ada yang dirasuk.

memang sukar untuk aku paham sebab benda ni berlaku cepat sangat

selepas dirasuk ada pulak upacara untuk memulihkan mangsa..

di sini aku sertakan beberapa link berkait dengan kuda kepang ni..

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-permainan-kuda-kepang-di-negeri-johor

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

http://www.e-fatwa.gov.my/blog/apakah-sebab-pengharaman-tarian-kuda-kepang