![]() |
aku gadis universal |
orang selalu tanya gemuk ke derma darah?.
apa yang best menderma ni?
tak sakit ke?..jarum ak besar ke
hmm macam-macam soalan
bagi aku satu kepuasan bila menderma dah macam persatuan pontianak pulak. suka darah. buat badan rasa fresh sebab lepas menderma kita akan buat darah baru. aku paling suka menderma di PPUM walaupun aku sudah berpindah area jenjarom tapi aku sanggup pergi PPUM. sebab.. layanan staff unit derma darah memang tip..topp lah.lepas korang derma mereka akan layan macam kita check in hotel 5 star. hahaha bila hati dah suka macam-macam yang baik aku nampak.
aku pemilik darah O. Darah yang paling baik untuk kamu semua..aku senang menderma tapi aku susah menerima..huahuaahau sob..sob..sobbb (bunyi aku menagis)meh aku kongsi sikit pasal darah ni
- Darah A hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah A dan AB dan menerima darah A dan O sahaja.
- Darah B hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah B dan AB dan menerima darah B dan O sahaja.
- Darah AB dikenali sebagai Penerima Universal kerana dapat menerima darah A, B, AB dan O.
- Darah O dikenali sebagai Penderma Universal kerana dapat menderma ke semua jenis darah A, B, AB dan O.
![]() |
step 1 : masuk je kenalah isi borang kat situ. |
![]() |
step 2 : pintu masuk kat sana..lepas isi borang kena jumpa akak tu untuk cucuk darah kat jari. proses tersebutt untuk pastikan korang betul-betul layak menderma atau tidak. tengok hemo atau tidak. |
![]() |
kawasan untuk menderma |
![]() |
dalam bekas kuning tu lah plastik beg darah korang. gedek..gedek benda tu bergerak tengok relax kan uncle main handphone masa menderma. |
![]() |
situ area pantry. lepas derma relax dalam 10 minit baru bole makan dan minum.layanan dorang superb!!. masa derma boleh tengok katonnn... |
![]() |
bekas biru tu tempat darah korang ditest..aku tak tahu cecair apa yang dorang guna. kalau darah korang tengelam ok past!! kalau timbul hmm sila cuba lain kali yo.. |
![]() |
kaler merah ni yang pam dekat tangan tu. mesin tu untu periksa tekanan kott.. |
ok lah sampai sini sahaja..
kepada yang belum menderma..apa kata korang buat-buat tersesat dekat pusat derma darah.hahaha
amacam..ok tak?.
pesanan aku..sebelum derma malam tu tidur puas-puas..
masa pagi ambil sarapan dulu nanti pening lah pulak
tapi kalau pening jangan risau dorang akan tolong korang..













No comments:
Post a Comment