Tuesday, 24 May 2016

sleep talking again!!!!

" kenapa dengan akak malam tadi?
kenapa?
akak mengigau lagi!!
aku hanya ketawa..
mengigau cakap nak pakai inai lah
aku tersenggih lagi
mengigau marah kita pulak cakap biarkan akak kena gigit nyamuk."

itu perbualan aku dengan adik sepupu.

ini dah keberapa kali dia cakap aku mengigau.

alahai dah besar-besar pun masih mengigau lagi.

alahan?? hehe ayat alahan jelah erk..

alahan mengigau ni bukan baru aku alami tapi dari dulu lagi.

paling seriau masa belajar di UiTM tengah malam-malam aku bangun nak study. berjalan ke meja study, buka buku lepas itu pergi katil dan tidur. BFF aku yang cerita pada keesok kan hari nya.

kadang-kadang dekat rumah sewa aku tersedar bila aku berjalan. ish sebenarnya aku tak suka sangat alahan macam ni tapi aku tak mampu nak kawal dan tak tahu kenapa terjadi..

bila ada yang cerita aku akan cakap sila sedarkan aku dari alahan ini. aku takut tiba-tiba aku ketawa dalam tidur korang jugak yang lari nanti..

ke aku kena basuh kaki sebelum tidur ni????????????

aku petik dalam blog ASFAN ASH
 
"Yang sebenarnya, sleep-talking ataupun "mengigau" dalam bahasa kita yang lebih umum, adalah sejenis parasomnia. Mengikut psikologi lah kan, parasomnia ni sebenarnya adalah perkara-perkara luar biasa yang terjadi semasa tidur. Ye lah, sepatutnya waktu tidur badan kita berehat tapi boleh pulak mulut tu meracau-racau
Perbuatan berkata-kata dalam tidur ni juga ada nama rasminya iaitu somniloquy

Walaupun somniloquy adalah benda yang luar biasa semasa tidur, ianya bukanlah satu kejadian yang pelik sebabnya perkara ni sangat common dan biasanya tidak memerlukan rawatan melainkan atas sebab-sebab tertentu"


perkara biasa je mengigau ni..fuhhh lega!!!

No comments:

Post a Comment