Thursday, 21 April 2016

DUGAAN HIDUP

pagi ini dapat mesej rumah kampung kawan terbakar

Allahuakbar!!

membuat aku terimbas kenangan lama..

Form 1 aku di duga dengan dugaan yang hebat iaitu rumah pusaka yang menjadi tempat aku berteduh lenyap dalam sekelip mata akibat dari kehilangan rumah arwah atok menjadi fobia dengan api dan kesihatan dia terjejas.

balik dari sekolah apa yang aku dapat lihat ialah rangka-rangka rumah yang hitam dah asap-asap kecil yang tinggal. nak menangis tapi tiada air mata. hanya tinggal sehelai sepinggang.
alhamdulillah arwah mak dan arwah atok selamat dari bencana itu.

bila tiada rumah terpaksa menumpang di rumah pak cik dan makcik sedara tapi sampai bila kan mahu duduk di rumah orang?.

akhirnya atok dan mak buat pangkin di bawah pokok jambu.

kami berteduh disana.lama juga kehidupan seperti itu, bila ada kerja sekolah aku terpaksa pergi menumpang bawah lampu jalan untuk menulis..adoi sampai aku keliru ini pen biru ke pen hitam..

akhirnya dapat bantuan buat rumah

tapi akibat ukuran rumah lebih besar jadi banyak yang tidak siap dengan rumah itu tapi bersyukur itu paling bermakna dari merungut.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

entah lah bila mendengar berita kebakaran ini hati mesti tersentuh.

inilah ujian hidup yang Allah sediakan untuk aku.
sebab aku mampu menerima dugaan seperti ini.

Allah tidak kejam..

hadapi dugaan dengan senyuman..

AL FATIHAH

ARWAH MAK & ARWAH ATOK

saya rindu awakk sangat-sangat

google picture

No comments:

Post a Comment