Disebabkan minggu lepas tak ada kes. aku terus buntu, bangun tidur masih terpikir siapa nak jadi pelanggan aku ni.
nekad aku suruh bff bayarkan dulu duit CBS..car booth SALE. lepas pembayaran dibuat sebanyak RM20.00 terus semalam bermula operasi mengedar flyers.
aku tak guna pun tapak CBS tu sebab hujan tak akan aku nak bertapak dalam hujan. jadi aku berlegar-legar dalam tesco. oh lupa pulak aku pergi dengan housemate dan sebagai upah yee mee sizzling dan fresh oren..
kami mula edar dari pukul 4pm sampai lah 7 pm.
mula-mula aku tak tahu nka mula dari mana. lepas dapat keberanian aku bagi dan sharing.
ada yang terima dan ada yang menolak.
aku cerita perihal orang yang aku jumpa
FAMILY A
kata nya sudah ada insuran, aku tanya ambil dengan siapa..dia cakap tak ingat ambil masa sekolah dengan bayaran RM10.00 seumur hidup.aku yang baru ni rasa tercabar dan pelik. secara jujur itu bukan insuran. selamba sahaja aku kata begitu pada dia dan aku terangkan apa yang ada dalam PRUBSN. dia angguk-angguk dan pass flyers dekat isteri.
tapi si isteri tengok macam tak da perasaan je..
FAMILY B
Aku bagi dekat si suami dan suami pass dekat isteri tapi cara mereka..sabar jelah zila oiii
FAMILY C
tapi yang ini paling lawak. aku dah bagi dekat puan. puan ni ambil dan tanya apa ni nyer?. aku cakaplah takaful. dengar sahaja takaful dia pass semula dekat aku dan cakap saya ni dah banyak penyakit dan berlalu pergi. aku yang berdiri kat situ terus rasa nak pengsan je
FAMILY D
Bertemu dengan Puan Maimun.. ok dia sangat cool walaupun umur dah 65 tahun. dia baca dan bertanya kalau saya ambil berapa kena bayar?.
aku terangkan puan hanya ambil hibah tapi bayaran agak mahal sebab usia dan kalau nak ambil kena ada medical checkup ler..
dan dia seorang yang bagi contact number kat aku.
dia dah bersara dan tengah buat bisnes sendiri..
FAMILY E
Sementara tunggu turn cucuk duit aku sharing dengan lelaki ini. ok ada kompeni insuran. aku tanya dia sampai bila nak kerja sana? kalau dah tua nak ambil mahal nanti. dia pandang aku dan tersenggih
minta contact number bukan mudah dah dia cakap nanti akan call aku.
ok kita tunggu..
beginilah kisah Rakyat Malaysia mengenai takaful.
tak salah kita dengar dulu penerangan agen takaful ni. tak menjadi kesalahan sebab kami nak bantu anda bukan nak menyulitkan anda.
masih sihat rasa menyampah dengan takaful tapi bila sakit agen takaful memang tak boleh nak tolong.
pengalaman ni sangat lah bermakna dan sebenar nya senang je lah tak payah nak takut sangat lah..
lepas habis edar aku bergerak ke Morib...nyaman je ku rasa




No comments:
Post a Comment