Tuesday 24 May 2016

sleep talking again!!!!

" kenapa dengan akak malam tadi?
kenapa?
akak mengigau lagi!!
aku hanya ketawa..
mengigau cakap nak pakai inai lah
aku tersenggih lagi
mengigau marah kita pulak cakap biarkan akak kena gigit nyamuk."

itu perbualan aku dengan adik sepupu.

ini dah keberapa kali dia cakap aku mengigau.

alahai dah besar-besar pun masih mengigau lagi.

alahan?? hehe ayat alahan jelah erk..

alahan mengigau ni bukan baru aku alami tapi dari dulu lagi.

paling seriau masa belajar di UiTM tengah malam-malam aku bangun nak study. berjalan ke meja study, buka buku lepas itu pergi katil dan tidur. BFF aku yang cerita pada keesok kan hari nya.

kadang-kadang dekat rumah sewa aku tersedar bila aku berjalan. ish sebenarnya aku tak suka sangat alahan macam ni tapi aku tak mampu nak kawal dan tak tahu kenapa terjadi..

bila ada yang cerita aku akan cakap sila sedarkan aku dari alahan ini. aku takut tiba-tiba aku ketawa dalam tidur korang jugak yang lari nanti..

ke aku kena basuh kaki sebelum tidur ni????????????

aku petik dalam blog ASFAN ASH
 
"Yang sebenarnya, sleep-talking ataupun "mengigau" dalam bahasa kita yang lebih umum, adalah sejenis parasomnia. Mengikut psikologi lah kan, parasomnia ni sebenarnya adalah perkara-perkara luar biasa yang terjadi semasa tidur. Ye lah, sepatutnya waktu tidur badan kita berehat tapi boleh pulak mulut tu meracau-racau
Perbuatan berkata-kata dalam tidur ni juga ada nama rasminya iaitu somniloquy

Walaupun somniloquy adalah benda yang luar biasa semasa tidur, ianya bukanlah satu kejadian yang pelik sebabnya perkara ni sangat common dan biasanya tidak memerlukan rawatan melainkan atas sebab-sebab tertentu"


perkara biasa je mengigau ni..fuhhh lega!!!

Tuesday 17 May 2016

1 hARI di Penang

BUKIT BENDERA

aku bertolak dari kampung ke Penang pada pukul 10pm. sepatut bertolak 9pm tapi biasalah bukan kapal terbang saja boleh delay bas pun mampu ok.

sampai di perhentian semanggul lebih kurang pukul 5am. mandi, solat dan sarapan di sana dan sampai Bukit Bendera lebih kurang pukul 8am.

pertama kali menjejak kaki di sini. sebelum ini aku pernah ke Penang tapi atas urusan kerja.
jom kita layan gambar-gambar di sana

wajib weh letak pict ni..

nak lock nama dia boleh tak?????????...






Monday 9 May 2016

pertama kali ke MUZIUM INSTITU JUGRA


Semalam aku berjaya menjejak kan kaki di MUZIUM ISTITU JUGRA

benar nama dia INSTITU mula-mula ku fikir T tu hilang tapi memang itu lah nama di beri.
niat hati nak bergambar di batu ampar berhampiran dengan muzium tapi disebabkan ada latihan komando di sana jadi aku tak berjaya meloloskan diri di sana. tak apa lain kali lah jawapan nya.

apa yang menarik di dalam muzium ni?
aku tak menghayati sangat sebab lebih pada selfie..hehehe nak cakap buta sejarah lah ni..

mari kita layan sahaja gambar-gambar di sana




BATU PENGISAR TEBU. Digunakan untuk mengisar tebu dan airnya diproses menjadi sejenis simen untuk pembinaan istana

PERIGI.berkemungkinan digunakan sebagai tempat membasuh pakaian seragam mereka berikutan dengan jumpaan butang-butang pakaian seragam polis. ia nya tidak pernah kering walaupun kemarau

AL-QURAN lama

sebahagian peralatan yang terdapat di dalam muzium

pakaian seragam anggota polis dulu-dulu


nak pergi pengkalan batu hampar tak boleh jadi bergayut lah kat sini

mula-mula tengok fikir I-PAD tapi PAPAN BATU digunakan sebagai tempat menulis sebelum wujud nya buku

tempat simpan senjata api. nak masuk tak boleh


landskap yang menyejukan pemandangan
ke dalam itu lah kawasan batu ampar. nampak laut beb
TANGGA BATU.  digunakan sebagai jalan perhubungan ke kuarteks polis di bahagian atas bukit

Sunday 24 April 2016

FLYERS

Disebabkan minggu lepas tak ada kes. aku terus buntu, bangun tidur masih terpikir siapa nak jadi pelanggan aku ni.

nekad aku suruh bff bayarkan dulu duit CBS..car booth SALE. lepas pembayaran dibuat sebanyak RM20.00 terus semalam bermula operasi mengedar flyers.

aku tak guna pun tapak CBS tu sebab hujan tak akan aku nak bertapak dalam hujan. jadi aku berlegar-legar dalam tesco. oh lupa pulak aku pergi dengan housemate dan sebagai upah yee mee sizzling dan fresh oren..

kami mula edar dari pukul 4pm sampai lah 7 pm.

mula-mula aku tak tahu nka mula dari mana. lepas dapat keberanian aku bagi dan sharing.
ada yang terima dan ada yang menolak.

aku cerita perihal orang yang aku jumpa

FAMILY A

kata nya sudah ada insuran, aku tanya ambil dengan siapa..dia cakap tak ingat ambil masa sekolah dengan bayaran RM10.00 seumur hidup.aku yang baru ni rasa tercabar dan pelik. secara jujur itu bukan insuran. selamba sahaja aku kata begitu pada dia dan aku terangkan apa yang ada dalam PRUBSN. dia angguk-angguk dan pass flyers dekat isteri.
tapi si isteri tengok macam tak da perasaan je..

FAMILY B

 Aku bagi dekat si suami dan suami pass dekat isteri tapi cara mereka..sabar jelah zila oiii

FAMILY C

tapi yang ini paling lawak. aku dah bagi dekat puan. puan ni ambil dan tanya apa ni nyer?. aku cakaplah takaful. dengar sahaja takaful dia pass semula dekat aku dan cakap saya ni dah banyak penyakit dan berlalu pergi. aku yang berdiri kat situ terus rasa nak pengsan je

FAMILY D

Bertemu dengan Puan Maimun.. ok dia sangat cool walaupun umur dah 65 tahun. dia baca dan bertanya kalau saya ambil berapa kena bayar?.
aku terangkan puan hanya ambil hibah tapi bayaran agak mahal sebab usia dan kalau nak ambil kena ada medical checkup ler..

dan dia seorang yang bagi contact number kat aku.

dia dah bersara dan tengah buat bisnes sendiri..

FAMILY E

Sementara tunggu turn cucuk duit aku sharing dengan lelaki ini. ok ada kompeni insuran. aku tanya dia sampai bila nak kerja sana? kalau dah tua nak ambil mahal nanti. dia pandang aku dan tersenggih

minta contact number bukan mudah dah dia cakap nanti akan call aku.
ok kita tunggu..

beginilah kisah Rakyat Malaysia mengenai takaful.
tak salah kita dengar dulu penerangan agen takaful ni. tak menjadi kesalahan sebab kami nak bantu anda bukan nak menyulitkan anda.
masih sihat rasa menyampah dengan takaful tapi bila sakit agen takaful memang tak boleh nak tolong.

pengalaman ni sangat lah bermakna dan sebenar nya senang je lah tak payah nak takut sangat lah..

lepas habis edar aku bergerak ke Morib...nyaman je ku rasa







Thursday 21 April 2016

PEDIT

 Assalammualaikum

sudah lama senyap menyepi sibuk dengan urusan takaful

oklah hari ini kita buka kelas pasal AUTOCAD

pernah tak bila dah siap plan tapi kita tak joint kan sekali.. maksud saya begini..

(maaf gambar tak cantik)


perasan kan beza garisan dalam gambar, ada yang grouping dan alone. cuba bayangkan lah kalau line yang alone tu kita nak joint kan macam lagi satu tu. tak akan lah nak delete dan buat semula kan???
kalau awak rajin memang saya tabik spring lah.

mari saya tunjuk jalan nya..

(1) Macamana saya buat grouping tu?. saya guna command PL = PLINE. PL ni sangat mudahkan kerja jadi tak payah pening lah nak bagi bersatu garisan-garisan tu tapi yang jadi masalah ialah garisan yang satu-satu kita nak jadikan dia PLINE.

(2) Garisan biasa nak jadi PLINE boleh guna PE = PEDIT atau J = JOINT

(3) PE enter SELECT ONE LINE enter an option JOINT select line yang nak tu lepas itu enter DUA KALI.

(4) Bila garisan awak bersimpang siul selepas ener dua kali boleh lah guna command J = JOINT

(5)  Selesai sudah..



DUGAAN HIDUP

pagi ini dapat mesej rumah kampung kawan terbakar

Allahuakbar!!

membuat aku terimbas kenangan lama..

Form 1 aku di duga dengan dugaan yang hebat iaitu rumah pusaka yang menjadi tempat aku berteduh lenyap dalam sekelip mata akibat dari kehilangan rumah arwah atok menjadi fobia dengan api dan kesihatan dia terjejas.

balik dari sekolah apa yang aku dapat lihat ialah rangka-rangka rumah yang hitam dah asap-asap kecil yang tinggal. nak menangis tapi tiada air mata. hanya tinggal sehelai sepinggang.
alhamdulillah arwah mak dan arwah atok selamat dari bencana itu.

bila tiada rumah terpaksa menumpang di rumah pak cik dan makcik sedara tapi sampai bila kan mahu duduk di rumah orang?.

akhirnya atok dan mak buat pangkin di bawah pokok jambu.

kami berteduh disana.lama juga kehidupan seperti itu, bila ada kerja sekolah aku terpaksa pergi menumpang bawah lampu jalan untuk menulis..adoi sampai aku keliru ini pen biru ke pen hitam..

akhirnya dapat bantuan buat rumah

tapi akibat ukuran rumah lebih besar jadi banyak yang tidak siap dengan rumah itu tapi bersyukur itu paling bermakna dari merungut.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

entah lah bila mendengar berita kebakaran ini hati mesti tersentuh.

inilah ujian hidup yang Allah sediakan untuk aku.
sebab aku mampu menerima dugaan seperti ini.

Allah tidak kejam..

hadapi dugaan dengan senyuman..

AL FATIHAH

ARWAH MAK & ARWAH ATOK

saya rindu awakk sangat-sangat

google picture

Monday 4 April 2016

dalam sejarah penulis aku di dalam facebook kena kecam teruk dengan warga ___

jujur aku post bukan sebab mereka tak ambil tapi sebab aku nak mereka sedar penting nya ada takaful ni.

bila aku bercerita mula lah ramai sentap.

tapi itulah realiti

ada yang kata tak ada duit kalau beli takaful tapi kalau kena kuar duit yang banyak nak cari mana duit tu?.

mereka banyak fikir jalan yang ini tapi mereka tidak fikir jalan yang lain.
hidup banyak pilihan tapi terpulang pada diri menilai nya.

ada yang kata memiliki insuran dari syarikat tapi sampai bila nak kerja dekat situ?. kalau dapat offer lain mesti kita pergi tanpa fikir kan pasal insuran syarikat.
jika di buang kerja masih relevan lagi insuran syarikat?.

aku pun ada insuran syarikat dari aa asia assistance tapi kenapa aku ambil prudential?
ambil perlindungann peribadi sebab aku bukan orang kaya dengan senang lenang dapat bantuan apabila aku sakit.